WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 TAHUN SESI 2012

30 Disember 2012. (Jumaat)
Majlis Pendaftaran Murid Tahun Satu tahun 2012 telah diadakan pada 30Disember 2012 bertempat di Ruang Kantin Sekolah Kebangsaan Convent  bermula jam 8.30 pagi.
            Dalam majlis ini, ibu bapa dan penjaga  ditaklimatkan tentang beberapa perkara berhubung dengan keperluan untuk persekolahan tahun depan. Maklumat Perlaksanaan KSSR juga telah disampaikan oleh Guru Besar dalam ucapan beliau .
Seramai 57 orang murid  baru telah mendaftar bagi mengikuti sesi persekolahan 2012. Murid-murid tersebut diasingkan kepada 2 kelas iaitu Kelas 1 Allamanda dan 1 Ixora yang akan diuruskan oleh cikgu kelas masing-masing ; Pn. Hamilah dan Cik NgMei Kuan.
Selain Guru Besar, Penolong  Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan HEM juga telah berucap bagi menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan Kurikulum dan Peraturan & Disiplin sekolah.

Taklimat oleh Guru Besar, PK Pentadbiran & PK HEM
























































Murid-murid beratur masuk ke kelas masing-masing.

KEPUTUSAN UPSR 2011

Pada 17-11-2011 , tarikh yang mendebarkan buat cikgu-cikgu SKC.
Keputusan UPSR akan diumumkan.
Syukur kepada hadrat ILLAHI.....anak-anak kami mendapat keputusan yang amat membanggakan...
Seramai 39 orang anak didik cikgu-cikgu mendapat 5A. Tahniah!
Seramai 17 orang mendapat 4A1B.
Pada yang lain , syabas kerana kalian  telah melakukan yang terbaik....

Saat-saat pengumuman keputusan...






Majlis Anugerah Cemerlang

Majlis Anugerah Cemerlang
18.11.2011
Dirasmikan oleh : YDP PIBG SKC


PENGHIJRAHAN INSAN YANG PERNAH BERBAKTI..

Majlis Ringkas Sempena Perpisahan Pn. Laila Harun & Pn. Awanis
Tarikh : 18.11.2011
Tempat : Kantin SKC 

Perginya 2 permata SKC.......

Bermula Januari 2012, 2 orang guru akan bertukar tempat bertugas. Guru yang terlibat ialah Pn. Laila bt. Harun dan Ustazah Awanis bt. Ya'acob. Mereka masing-masing akan bertukar ke Ipoh dan Pulau Pinang. Selamat berpisah diucapkan kepada guru-guru tersebut dan selamat bertugas di tempat yang baru.


Pn. Laila;
Seorang guru yang bersemangat kental. Tidak pernah menolak sebarang tugas yang diberi. Sentiasa melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan sepenuh hati dan jayanya...
Mula berkhidmat di SKC  pada  16/9/1999 dan akan memulakan tugas ditempat yang baru di SK Marian Convent , Ipoh.











Pn. Awanis;
Seorang ustazah yang sentiasa senyum malah itulah trademark beliau. Seorang yang tinggi tahap kesabaran, mendidik anak-anak Convent dengan penuh kelembutan.
Mula berkhidmat di SKC pada 1/8/2006.
Bertukar ke SK Convent Lebuh Light, Pulau Pinang.





Selamat berpisah diucapkan kepada guru-guru tersebut dan selamat bertugas di tempat yang baru.Sumbangan bakti kalian tidak akan kami padamkan dari ruang hati kami.Kenanglah kami dikala kalian duduk bersantai di bilik guru yang baru....


KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

                                                                                                                                                     KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Tarikh  : 31 November – 14 Oktober 2011

Aktiviti yang dirancang:
1. Majlis Pelancaran Perngkat Sekolah                               
2. Membaca Bersama                                                                  
3. Kuiz Apa itu Buku?                                                                 
4.Fail Tegak                                                                                 
5. Pantas Membaca                                                                        
6. Bicara Buku                                                                              
7.  Ulasan Buku                                                                             
8.   Ulat Buku                                                                               
9.  Perasmian  Penutup                                                                  
            

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

  
            
Majlis Khatam Al-Quran telah 
dijalankan dengan jayanya pada
2.11.2011(Rabu).
     Telah dijayakan bersama guru-guru dan murid-murid SK St.Anthony(jiran sebelah) .       




Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah berjaya khatam Al-Quran. Selepas ini teruskan amalan membaca Al-Quran sebagai bekalan diri unruk masa hadapan yang berkekalan.....
Syabas juga kepada kawan-kawan yang bersama-sama menjayakan majlis yang bermakna ini....
                                                    HIDUP SK CONVENT!