WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

PERTANDINGAN BERCERITA & KUIZ DOKTOR MUDA PERINGKAT DAERAH

PERTANDINGAN BERCERITA & KUIZ DOKTOR MUDA
PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK

Pertandingan telah diadakan di Klinik Komuniti Daerah Hilir Perak pada 24 April 2013, anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. Pasukan Doktor Muda SK Convent telah menyertai 3 pertandingan dan keputusan pertandingan seperti berikut :
  1. Bercerita Bahasa Malaysia :  Nurul Athirah Izzati bt Ahmad Rosdi - Tempat  ketiga
  2. Bercerita Bahasa Inggeris   : Gaiyethiry a/p Chanderashekaran       - Johan
  3. Kuiz                                  : 4 orang peserta tahun 5                      - Penyertaan
Tahniah diucapkan kepada guru-guru pembimbing Kelab Doktor Muda yang bersungguh-sungguh membimbing peserta-peserta pertandingan walaupun kelab ini baru hampir 2 bulan ditubuhkan.  Pengalaman pertama menyertai pertandingan ini diharapkan mampu memberi ruang dan peluang kepada kelab ini melangkah setapak lagi ke hadapan. Syabas diucapkan.

ORGANISASI KELAB DOKTOR MUDA SK CONVENT 2013

Pengerusi                   : Pn Azizah bt Ramli ( Guru Besar )
Naib Pengerusi          : Pn Rohana bt Mohamed Nor ( PK KOKO )
Setiausaha                 : Pn Hamilah bt Sharif
Naib Setiausaha         : Pn Haliza bt Awi ( Guru Bimbingan & Kaunseling )
Bendahari                  : Pn Noorashidah bt Kamaruddin
Naib Bendahari          : Cik Nor Hijah 

Oleh :
Pn Haliza bt Awi
Guru Bimbingan & Kaunseling







PROGRAM AKUJANJI & JALINAN KASIH 2013

PROGRAM AKUJANJI & JALINAN KASIH
MURID-MURID TAHUN 6 ( 2013 )

Program ini telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dibawah pimpinan Pn Haliza bt Awi selaku Guru Bimbingan & Kaunseling. Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran dan motivasi diri murid-murid agar lebih bersedia dari segi emosi dan mental dalam menghadapi cabaran UPSR 2013.

Ceramah tentang mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta beberapa aktiviti dalam kumpulan telah dikendalikan sendiri oleh Pn Haliza disusuli dengan sesi 'Recall'. Kemudian pelajar ditemukan dengan ibu bapa masing-masing untuk program jalinan kasih dan akujanji.

Semoga program yang dilaksanakan ini memberi impak positif kepada semua pelajar yang bakal menghadapi UPSR tidak lama lagi.

Oleh :
Pn Haliza bt Awi
Guru Bimbingan & Kaunseling

















LAWATAN PENANDA ARAS SBT & SKK DI PULAU PINANG

LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ( SBT ) & SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN ( SKK ) DI PULAU PINANG.

Tarikh   : 19 - 20 April 2013 ( Jumaat - Sabtu )
Tempat : SK Mindent Hight, Gelugor
             : SMK (P) St George, Georgetown
             : Universiti Sains Malaysia ( LADAP )

Sejajar dengan misi SK Convent yang agrasif ke arah  merealisasikan impian mencipta kecemerlangan sebagai SKK seterusnya SBT menjelang tahun 2015, pihak sekolah telah memulakan langkah setapak dengan menimba ilmu sebanyak mungkin daripada pengalaman dan kepakaran yang dmiliki oleh sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti sebagai sekolah terbaik sesebuah negeri.

Justeru, SK Mindent Hight dan SMK (P) St George di Pulau Pinang telah dipilih sebagai lokasi lawatan kami. Kami berbesar hati dengan kesudian kedua-dua buah sekolah yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta menyambut baik kehadiran kami ke sana.

USM pula menjadi lokasi terakhir kami dalam lawatan ini dengan jasa baik Dr Muhammad Muzammil, Pensyarah Kanan Sejarah berkongsi ilmu dalam program LADAP warga pendidik SK Convent di sana. Pastinya lawatan penanda aras ini memberikan impak yang besar kepada warga pendidik SK Convent untuk bersedia melangkah setapak lagi ke hadapan.

Oleh :
Pn Haliza bt Awi
( Guru Bimbingan & Kaunseling )

















LAWATAN KERJA TUAN PPD HILIR PERAK ( PROJEK AKAR )

Projek AKAR ( Agrasif Ke Arah A Realiti ) yang telah diperkenalkan oleh Tuan PPD Hilir Perak telah dilaksanakan oleh pihak sekolah di bawah pengelolaan Jawatankuasa AKAR SKC yang diketuai oleh Pn Sapiah bt Mokhtar ( PK Pentadbiran ) dan dibantu oleh Pn Haliza bt Awi ( Guru Bimbingan & Kaunseling ) selaku setiausaha.

Pelajar-pelajar tahun 6 yang mendapat keputusan cemerlang berdasarkan TOV PAT 2012 telah dipilih seramai 48 orang dan telah menjalani ujian diagnostik AKAR yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Doakan kecemerlangan pelajar-pelajar ini agar keputusan UPSR 2013 akan mencatat sejarah  terbaik SK Convent...insyaallah.

Oleh :
Pn Haliza bt Awi
( Guru Bimbingan & Kaunseling )















PROGRAM KEM MOTIVASI KEPIMPINAN & WAJA DIRI 2013

Tarikh  : 22 dan 23 Mac 2013 ( Jumaat dan Sabtu )
Tempat : Perlok Recreational Camp Centre ( PRCC ), Sungkai
Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling dan Kokurikulum
Peserta : 40 orang pemimpin-pemimpin tahun 6

Program ini bertujuan memantapkan keterampilan dan ciri-ciri kepimpinan diri pemimpin-pemimpin sekolah di samping meningkatkan motivasi serta keyakinan diri agar lebih berketerampilan sebagai pemimpin yang disegani.

Kem kepimpinan yang telah diketuai oleh Pn Haliza bt Awi ( Guru Bimbingan & Kaunseling ) bersama Pn Rohana bt Mohamed Nor ( PK KOKO ) dan dibantu oleh Cik Azima, Cik Nor Hijah serta Cik Rozatullail telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama jurulatih bertauliah dari pihak kem sendiri.

Inilah sebahagian gambar yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah kami laksanakan.

Oleh :
Pn Haliza bt Awi
( Guru Bimbingan & Kaunseling )