WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

KOKURIKULUM

15.7.2013( ISNIN)
PERHIMPUNAN MINGGUAN





TAKLIMAT INTERAKTIF FROG VLE

   Pada 12 hb Julai 2013, SKC telah mengadakan taklimat ringkas kepada ibu bapa tentang Frog VLE.
                 
                    Frog VLE(Virtual Learning Environment) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011.Frog VLE ini diperkenalkan di bawah Projek 1BestariNet. Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communications menyediakan Internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta Frog Virtual Learning Environment(Frog VLE) yang efektif ke semua sekolah di seluruh Malaysia. Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan modal insan serta meningkatkan penggunaan Internet dikalangan masyarakat, 1BestariNet memperluaskan teknologi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya bagi menghadapi dunia masa kini.





Pada 26 Jun  2013,Rabu  jam 10.00 pagi, SK Convent telah menerima kehadiran dua orang pegawai  PKG Bagan Datoh dan Hutan Melintang   yang hadir untuk membuat Pemantauan PSS  Cemerlang .Kehadiran En Ahmad Razali , Pn. Nor Manisah  dan En Mohd Fairus  telah disambut oleh PK Pentadbiran Pn. Sapiah bt. Mokhtar , GPM  Pn. Norsiawati,Pn. Siti Zainon dan Pn. Noorashidah.
Kehadiran 3 orang pegawai tersebut telah diraikan dengan persembahan pasukan Ukelele sekolah.
Pelbagai perkara yang dibincangkan bersama-sama GPM dan  tentunya pemantauan terhadap fail-fail dan rekod-rekod penggunaan menjadi topik utama.  Di samping itu, ketiga-tga mereka juga turut memberi pelbagai idea dan pandangan untuk memantapkan lagi PSS SK Convent. Pemantauan berakhir dengan sedikit jamuan ringkas di bilik gerakan.

Lawatan pemantauan berakhir jam 2.00 petang.