WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

SEJARAH SEKOLAH




Ditubuhkan pada tahun 1919 oleh Rev. Father Coppin. Mulanya dikenali dengan nama St. Agnes .  Pada awal penubuhannya , ia merupakan sekolah campuran murid lelaki dan perempuan. Bilangan murid perempuan seramai 35 orang dan murid lelaki seramai 20 orang.
Pada tahun 1926,  sekolah ini dijadikan sekolah perempuan dan diberi nama Convent of The Holy Infant Jesus. Sekolah  ditadbirkan oleh sebuah badan yang dipanggil Sisters of The Holy Infant Jesus.
Pada 1941, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah diasingkan. Sekolah Rendah Convent mengandungi Kelas Primary 1 dan Kelas Primary II.
Pada 6 hb. Mei 1968, sebuah bangunan baru telah dibina di lot 3229, Jalan Sungai Nibong, Mukim Durian Sebatang , Teluk Intan. Pada tahun 1975, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Convent, Teluk Intan.
Pada 1986, pembinaan bangunan tambahan dibuat. Bangunan ini mengandungi Pusat Sumber di tingkat atas dan tiga buah bilik darjah di tingkat bawah. Bangunan tambahan ini siap dibina pada tahun 1989 dan telah dirasmikan oleh isteri Menteri Besar Perak pada masa itu iaitu Datin Seri Raja Noor Ashikin binti Raja Abdullah.
Pada tahun 1996, Tabung Pembinaan Bangunan Tambahan diwujudkan bagi membina sebuah bangunan yang mengandungi tiga bilik darjah. Terdapat pentas di sebuah bilik darjah tersebut. Kelas tersebut boleh dibuka dijadikan dewan. Jamuan Makan Malam Semaian Bakti telah diadakan pada 9 hb. Oktober 1996 bagi tujuan mengumpul dana. Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Tambahan telah bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru bagi merealisasikan tujuan tersebut. Bangunan tambahan siap dibina dan mendapat kelayakan untuk diduduki pada 30hb. Mei 1997. pada tahun 2000 , murid Tahun 4 mula belajar pada sesi pagi. Sesi petang terdiri daripada kelas tahun 2 dan Tahun 3 sahaja.
Guru Besar yang telah berkhidmat:
  1. Rev. Mother St. Ode                                                              1919 - 1956
  2. Puan Clara Ambrose                                                              1.1.1958 - 15.9.1972
  3. Puan Persin Kaur                                                                   1.1.1973 - 10.10.1990
  4. Cik S.Selvamar a/p Subramaniam                                            11.10.1983 - 15.3.1990
  5. Cik Hajah Siti Fatimah bt Mohd Hassan                                    15.3.1991 - 1996
  6. Puan Hajah Rohana bt Sukor                                                   1.3.1996 - 6.9.2007
  7. Cik Hajah Faizah bt. Hj. Mokhtar                                              7.9.2007 - 17.9.2011
  8. Pn. Azizah bt. Ramli                                                               18.9.2011 - sekarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan