WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017
KEM MOTIVASI KEPIMPINAN INSAN CEMERLANG 
DI TERATAK AFRINA, BATU KURAU
22-23 FEBRUARI 2014


Seramai 40 orang murid yang terdiri daripada pemimpin-peminpin sekolah dan 3 orang guru telah mengikuti Kem Motivasi Kepimpinan Insan Cemerlang yang telah diadakan di Teratak Afrina, Batu Kurau selama dua hari satu malam. Kem ini telah dianjurkan bersama oleh Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Kokurikulum di bawah pimpinan Pn Haliza bt Awi serta dibantu oleh Pn Azizah bt Ramli ( Guru Besar ) dan Pn Rohana bt Mohamed Nor ( PK Kokurikulum ).

Fasilitator yang terlibat merupakan fasilitator yang bertauliah dalam bidang perhutanan dan keselamatan iaitu terdiri daripada seorang Ranjer Bukit Larut, tiga orang ahli Bomba dan Penyelamat dan seorang bekas tentera ( ahli payung terjun ) serta diketuai oleh En Sabri, selaku Pengurus Teratak Afrina dan Belia Proaktif Daerah Taiping.

Aktiviti yang dilaksanakan bertepatan dengan objektif kem iaitu memupuk sikap kepimpinan dalam diri dan memantapkan waja diri bagi setiap peserta di samping melatih diri berkomunikasi dengan lebih baik. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking, aktiviti menguji minda, jaya diri, keyakinan air, eksplorasi alam dan memasak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan