WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

MAJLIS PELANCARAN NILAM



               Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ialah satu program galakan membaca yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah dilancarkan  ke semua sekolah pada 2 Januari 1999. Program ini mewajibkan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara mengambil bahagian.
                Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah telah disempurnakan oleh PK HEM, Pn. Hjh Rabi'ah bt. Jauhari pada 16 Febuari 2015 ( Isnin). Pelancaran ini diadakan sebagai satu usaha untuk menyedarkan warga sekolah perihal pentingnya memanfaatkan masa dengan amalan membaca disamping melahirkan generasi yang cintakan ilmu.









MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN

9 Febuari 2015 (Isnin)


Kejayaan seseorang pelajar dalam pelajarannya bukan sahaja bergantung pada kebijaksanaannya malahan sikap amat penting diambil perhatian. Murid yang bersahsiah terpuji memudahkan mereka untuk menerima ilmu yang dicurahkan.
            Sehubungan itu, pihak sekolah mengambil langkah murni dengan mendorong mereka memahami peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan berdedikasi serta menghargai seterusnya mengiktiraf kepimpinan mereka dengan mengadakan majlis khas untuk mewar-warkan pelantikan rasmi sebagai pemimpin di sekolah

 Ketua Pengawas Sekolah - Anis Fatini
Barisan  Pengawas Sekolah
 Ketua Pengawas PSS- Noor Hidayah Mashitah
 Barisan Pengawas PSS
 Barisan Pengawas SPBT, PRS , Ketua dan Penolong Kelas
  Barisan Pengawas SPBT, PRS , Ketua dan Penolong Kelas
 Barisan  Pengawas Sekolah
 Barisan  Pengawas PSS
 Pembimbing Rakan Sebaya
 Pengawas SPBT
Ketua dan Penolong Ketua Kelas

PROGRAM CAS MINDA, MOTIVASI & PEMUAFAKATAN IBU BAPA (TAHUN 6)


31 JANUARI 2015 ( SABTU)
                    Pemantapan kecemerlangan akademik murid-murid perlu seiring dgn pemantapan kecemerlangan peribadi dan motivasi diri setiap individu. Kcmerlangan kdua-dua faktor ini mampu bertahan andai keprihatinan dan sokongan ibu bapa memainkan peranan seiring dgn komitmen warga pdidik mencurahkan ilmu.
Sejajar dgn semua faktor tersebut, maka Unit Bimbingan dan  Kaunseling mengadakan Program Cas Minda, Motivasi dan Pemuafakatan Ibu Bapa khas utk semua murid thn 6 yg akan menduduki UPSR pd thn ini.
Pengisian program terbahagi kpd dua iaitu utk murid2 dgn slot KBAT dan motivasi diri, manakala utk ibu bapa dimulai dgn penyampaian taklimat kecemerlangan UPSR ( target n tov ) n ceramah ibu bapa cemerlang. Kemudian kedua-dua mereka digabungkn dlm slot ' recall' serta akujanji murid2.
Slot ceramah tlh dsampaikan oleh En Hasnan b Abd Hamid, Pengerusi Guru2 Bimbingan dan  Kaunseling Sek Ren Daerah HP yg juga sbg GBK SK Kg Bahagia. Manakala taklimat kcemerlangn UPSR dsampaikn oleh Pn Haliza bt Awu, s/u kecemerlangan UPSR yg juga sbg GBK SKC. Perasmian majlis tlh disempurnakan oleh Pn Rohana bt Mohamed Nor, PK Ptadbiran SKC.
Khadiran ibu bapa hampir 95% manakala impak drpd program amat baik brdasarkn maklumbls yg diterima drp ibu bapa. Pastinya, ksedaran ttg perlunya gabungan komitmen serta motivasi pihak sekolah dan ibu bapa mampu melahirkn kmenjadian murid yg lbh mantap.


  
   











CERAMAH SEMPENA MAULIDUR RASUL

30 Januari 2015
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1436H atau tahun Masehi 2015 jatuh pada 3 Januari 2015.
SK Convent telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul pada 30 Januari 2015. Ustaz Zilkifli telah dijemput menyampaikan ceramah untuk warga SK Convent.