LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ( SBT ) & SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN ( SKK ) DI PULAU PINANG.
Tarikh : 19 - 20 April 2013 ( Jumaat - Sabtu )
Tempat : SK Mindent Hight, Gelugor
: SMK (P) St George, Georgetown
: Universiti Sains Malaysia ( LADAP )
Sejajar dengan misi SK Convent yang agrasif ke arah merealisasikan impian mencipta kecemerlangan sebagai SKK seterusnya SBT menjelang tahun 2015, pihak sekolah telah memulakan langkah setapak dengan menimba ilmu sebanyak mungkin daripada pengalaman dan kepakaran yang dmiliki oleh sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti sebagai sekolah terbaik sesebuah negeri.
Justeru, SK Mindent Hight dan SMK (P) St George di Pulau Pinang telah dipilih sebagai lokasi lawatan kami. Kami berbesar hati dengan kesudian kedua-dua buah sekolah yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta menyambut baik kehadiran kami ke sana.
USM pula menjadi lokasi terakhir kami dalam lawatan ini dengan jasa baik Dr Muhammad Muzammil, Pensyarah Kanan Sejarah berkongsi ilmu dalam program LADAP warga pendidik SK Convent di sana. Pastinya lawatan penanda aras ini memberikan impak yang besar kepada warga pendidik SK Convent untuk bersedia melangkah setapak lagi ke hadapan.
Oleh :
Pn Haliza bt Awi
( Guru Bimbingan & Kaunseling )