WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

Wakil SK Convent di Kejohanan MSSPk 2013

Tahniah untuk pemain hoki sekolah (PREDATOR) yang terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.



Naib Johan Hoki MSSD Hilir Perak 2013

Pasukan Hoki SK Convent yang dikenali sebagai PREDATOR telah menjadi Naib Johan  dalam Kejohanan Hoki MSSD Hilir Perak pada 9 April 2013 (Selasa) yang lalu di SK Ayer Hitam. PREDATOR telah tewas (0-1) kepada SK Ayer Hitam biarpun mendominasi perlawanan tersebut. Apapun  diucapkan tahniah kerana sepanjang pertandingan PREDATOR telah bermain dengan cemerlang. Lihat sahaja keputusan berikut;
1. Tewaskan SK Dato Yahya Subhan (9-0)
2. Tewaskan SK Sultan Abdul Aziz (3-0)
3. Tewaskan SK Sultan Idris 2 (3-0)
4. Tewaskan SK Tanjong Bayan (3-0) - Separuh Akhir.
PREDATOR akan berlatih lebih awal untuk menjadi Johan pada pertandingan 2014 nanti. Tahniah dan penghargaan untuk semua wirawati SK Convent. Ucapan tahniah khas  kepada pemain yang terpilih mewakili mewakili daerah ke peringkat negeri iaitu,
1. Nurfarah Anis bt Zulkifli
2. Nur Farah Hanani bt Mohd Rusdi
3. Nur Adiba bt Kamaruzaman
4. Nur Atirah bt Alias
Diharapkan mereka akan menaikkan imej SK Convent dan Hilir Perak di peringkat negeri.