WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

Pertukaran Guru

Pn. Nageswari telah bertukar ke SK Subang Bestari. Warga sekolah mengucapkan tahniah kerana permohanan pertukaran telah berjaya. Semoga  gembira ditempat baru dan selamat menjadi ibu yang penyayang.




SAMBUTAN HARI GURU

Pada 16 Mei 2014, Sekolah Kebangsaan Convent, telah mengadakan majlis sambutan Hari guru peringkat sekolah dengan meriah sekali. Majlis telah diadakan di tapak perhimpunan.Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Noor Azli Sham b. Sulaiman.
Bacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia dan Pengarah Pendidikan Negeri telah disampaiakn oleh Pn. Rohana bt. Mohammed Nor. Adik Liyana selaku ketua pengawas telah menyampaikan ucapan wakil murid dengan penuh semangat dan berani. Pn. Azizah bt. Ramli selaku Guru Besar telah menyampaikan ucapan yang penuh makna yang tersurat dan tersirat buat warga pendidik dan anak didik SKC.
Selesai sesi ucapan majlis diteruskan dengan ikrar guru dan nyayian lagu Guru Malaysia oleh semua warga pendidik SKC. Seterusnya diikuti dengan acara potong kek dan pertukaran hadiah antara guru.

Antara acara persembahan guru ialah : 1. Fashion Show                     2. Sukaneka
                                                           3. Gubahan bunga                

                      Acara akhir bagi sambutan Hari Guru adalah penyampaian hadiah kepada guru yang memenangi setiap acara.


Kenaikan pangkat@pertukaran pentadbiran di SKCTI mulai 5.5.14:
 




1. Pn Rohana Mohd Nor PK Koku  menjadi PK Pentadbiran menggantikan Pn Sapiah Mokhtar    yang naik pangkat menjadi Guru Besar SKSI2.





2. Pn Halimahton Mohd Ali PK HEM bertukar ke SK Raja Muda Musa sebagai PK Pentadbiran digantikan oleh Pn Rabiah dari Sk Tebok Banjar.


 Tahniah kpd Pn Halimahton & Pn Rohana Mohamed Nor. Selamat datang Pn Rabiah.

MAJLIS PERPISAHAN PUAN SAPIAH BT. MOKHTAR

Pada 16 April yang lalu telah berlangsungnya Majlis Seharum Budimu Semerbak Kasihku Sempena Perpisahan PK Pentadbiran SK Convent Pn. Sapiah Bt. Mokhtar. Puan Sapiah telah dinaikkan pangkat menjadi  Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II. 






















MAJLIS PENGAGIHAN WANG KWAMP

MAJLIS PENGAGIHAN WANG KWAMP KEPADA MURID SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT TELUK INTAN

14 April 2014, bertempat di dewan sekolah, telah berlangsungnya majlis pengagihan wang KWAP kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Convent  yang layak untuk menerimanya.