WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

TAKLIMAT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

TARIKH : 27.12.2013 ( JUMAAT)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT  : BILIK GERAKAN SK CONVENT
PENCERAMAH : EN. NORAZAM B. MAT ISA
                              PEN PPD KURIKULUM KEMANUSIAAN








WARGA PENDIDIK BARU


Selamat sejahtera warga SKCTI; ingin memaklumkan bahawa kita mendapat 2 orang lagi guru baharu:
1. Ustazah Nor Aziah dr SK Sungai Buluh
2 Cg Erzima dari Penang.


Selamat Datang ke SK Convent Teluk Intan

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013 SK CONVENT TELUK INTAN

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan  telah berlangsung pada 16 November 2013, bersamaan hari Sabtu bertempat di Dewan SK Convent,Teluk Intan. Majlis  tersebut bermula pada  pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Objektif  Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan  untuk memberi  penghargaan  oleh pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum tahun 2013.
       Ketibaan para tetamu jemputan dan ibu bapa serta tetamu kehormat bermula pada pukul  8.30 pagi. Para penerima anugerah telah mendaftarkan  kehadiran mereka  di meja pendaftaran dan  berkumpul di Dewan SK Convent sementara menunggu tetamu kehormat tiba. 
        Majlis telah disempurnakan oleh En. Saiful Adli b. Datuk Hj Mohd Arshad, Pengerusi Pergerakan Belia 4B Teluk Intan. Pihak sekolah amat berbesar hati di atas  kesudian beliau merasmikan majlis tersebut.

SEKITAR MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKC






MAKLUMAN DAN TINDAKAN

STATUS PROSES PENGEMASKINIAN DAN VERIFIKASI MAKLUMAT DI SISTEM MAKLUMAT GURU MODUL E-OPERASI
   Dimohon semua guru  memastikan tindakan sewajarnya diambil  sebelum atau pada 15 November 2013, sepertimana yang telah dimaklumkan melalui portal PPD Hilir Perak bertarikh 8 November 2013


Profil Login
LoginID
Katalaluan
No.KP

Hari Orentasi Tahun 1 2014

9 NOVEMBER 2013 ( SABTU)
Pada 9 November 2013, buat kesekalian kalinya, SK Convent menerima orang baru iatu murid Tahun Satu 2014. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi di dewan SK Convent. Majlis di mulakan dengan bacaan doa dan kemudian di teruskan dengan Ucapan dan Taklimat Perasmian oleh PK HEM SK. Convent, Puan Halimathon bt. Ali.  Majlis diteruskan dengan pendaftaran di kelas yang telah disediakan. Semoga hari ini menjadi titik permulaan mereka  mengenal diri, masyarakat dan dunia serta akhirat. InsyaAllah.














 
 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

8 NOVEMBER 2013( JUMAAT )










KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

28 Oktober  2013
SK Convent telah melancarkan Kem Membaca 1Malaysia yang disambut serentak di seluruh negara pada 28 Oktober  2013 yang lalu. Kempen yang bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan minat membaca di kalangan rakyat Malaysia itu telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Convent Pn. Azizah bt. Ramli dengan memberi penerangan tujuan aktiviti ini dilaksanakan dan tatacara perjalanan program tersebut. Secara keseluruhan program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan jumlah penyertaan murid-murid yang menggalakkan dan begitu juga dengan barisan tenaga pengajar . Semoga dengan pelaksanaan program seumpama ini akan dapat menyemai sikap yang positif di kalangan murid-murid supaya lebih rajin membaca buku dan sebagainya yang bermanfaat.

KEM 1 MURID 1 SUKAN



Pada 25 & 26 Oktober yang lalu telah berlangsung Kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan (1M1S) bagi peringkat sekolah di SK Convent.Program ini bertujuan untuk mendedahkan murid  kepada aktiviti sukan dan permainan dan juga merupakan salah satu dasar Kementerian Pendidikan  Malaysia (KPM) .Seramai 40 orang murid telah terpilih menyertai program ini.