WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

Program Guru Penyayang

Program Guru Penyayang merupakan program Kementerian Pendidikan Malaysia yang diwajibkan ke atas  semua sekolah. Program ini bertujuan agar guru mengamalkan dan  membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Jesteru, pihak sekolah telah melancarkan program ini pada 5 Mac 2012 di tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Convent Teluk Intan.
Antara aktivti yang dirancang ialah :
                               1. Mengalu-alukan Kehadiran Murid
                               2. Mentor-mentee
                               3. Penghargaan Murid
  Pihak sekolah berharap menerusi program ini, murid-murid akan berasa diri mereka dihargai dan seterusnya bersemangat untuk hadir ke sekolah

TAHNIAH!

Pertandingan Memanah Peringkat Daerah Hilir Perak


Johan : Yasmin bt. Yahya
Kedua :Fatin Nurizzati bt. Mohammmad Asri

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS , Ketua dan Penolong Ketua Kelas Peringkat Sekolah Majlis Pelantikan Pengawas , Pengawas PSS , Ketua dan Penolong Ketua Kelas

27hb Febuari 2012 :Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS , Ketua dan Penolong Ketua Kelas  Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya .  Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Sapiah bt. Mokhtar selaku Penolong Kanan Pentadbiran SKC. Beliau telah mengucapkan tahniah  dan syabas kepada semua pengawas yang berjaya dilantik dan mengingatkan supaya mereka melaksanakan   tugas dengan penuh tanggungjawab.
                          







Majlis Sambutan Maulidur Rasul


25hb Febuari 2012:                                         
 Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat  Sekolah  diadakan bertujuan  membentuk peribadi muslimah mulia dengan    mentauladani akhlak  Rasul. Program ini melibatkan semua guru dan murid Islam   Tahun 1 , 4 , 5 dan 6. Selain daripada  itu pihak   sekolah juga mengadakan               pertandingan kuiz , persembahan   nasyid  dan  solawat   ke junjungan   Nabi Muhammad s.a.w.


                                                 Murid-murid khusyuk mendengar ceramah
Ustazah Siti Zakiah memperkenalkan penceramah
   Penyampaian Cenderahati kepada penceramah oleh Guru Besar SKC