WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

LAWATAN PENANDA ARAS SBT & SKK DI PULAU PINANG

LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ( SBT ) & SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN ( SKK ) DI PULAU PINANG.

Tarikh   : 19 - 20 April 2013 ( Jumaat - Sabtu )
Tempat : SK Mindent Hight, Gelugor
             : SMK (P) St George, Georgetown
             : Universiti Sains Malaysia ( LADAP )

Sejajar dengan misi SK Convent yang agrasif ke arah  merealisasikan impian mencipta kecemerlangan sebagai SKK seterusnya SBT menjelang tahun 2015, pihak sekolah telah memulakan langkah setapak dengan menimba ilmu sebanyak mungkin daripada pengalaman dan kepakaran yang dmiliki oleh sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti sebagai sekolah terbaik sesebuah negeri.

Justeru, SK Mindent Hight dan SMK (P) St George di Pulau Pinang telah dipilih sebagai lokasi lawatan kami. Kami berbesar hati dengan kesudian kedua-dua buah sekolah yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta menyambut baik kehadiran kami ke sana.

USM pula menjadi lokasi terakhir kami dalam lawatan ini dengan jasa baik Dr Muhammad Muzammil, Pensyarah Kanan Sejarah berkongsi ilmu dalam program LADAP warga pendidik SK Convent di sana. Pastinya lawatan penanda aras ini memberikan impak yang besar kepada warga pendidik SK Convent untuk bersedia melangkah setapak lagi ke hadapan.

Oleh :
Pn Haliza bt Awi
( Guru Bimbingan & Kaunseling )

















2 ulasan:

  1. Assalamualaikum... Saudari kaunselor, rsnya ada sdkt pmbtulan pd catatan anda. SKK dan SBT akan berakhir pd tahun 2015, maka tak mgkin target kita utk mncapai SKK dan SBT pada thn tsbt. Slps 2015, KSSR akan mengambil alih, so mgkin SKK dan SBT pd thn tsbt akan ada perubahan dan penambahbaikan sedikit kot. Apapun hrp saudari 'confirm'kan dgn phk pntadbir, k..

    BalasPadam
  2. ehem... lg satu, jgn le conquer semua... asei ada gmbo je, ade le muke die... bawa2 le bkongsi dgn kengkawan ye...

    BalasPadam