WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

WARGA PENDIDIK SK CONVENT SESI 2017

PENGHIJRAHAN INSAN YANG PERNAH BERBAKTI..

Majlis Ringkas Sempena Perpisahan Pn. Laila Harun & Pn. Awanis
Tarikh : 18.11.2011
Tempat : Kantin SKC 

Perginya 2 permata SKC.......

Bermula Januari 2012, 2 orang guru akan bertukar tempat bertugas. Guru yang terlibat ialah Pn. Laila bt. Harun dan Ustazah Awanis bt. Ya'acob. Mereka masing-masing akan bertukar ke Ipoh dan Pulau Pinang. Selamat berpisah diucapkan kepada guru-guru tersebut dan selamat bertugas di tempat yang baru.


Pn. Laila;
Seorang guru yang bersemangat kental. Tidak pernah menolak sebarang tugas yang diberi. Sentiasa melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan sepenuh hati dan jayanya...
Mula berkhidmat di SKC  pada  16/9/1999 dan akan memulakan tugas ditempat yang baru di SK Marian Convent , Ipoh.











Pn. Awanis;
Seorang ustazah yang sentiasa senyum malah itulah trademark beliau. Seorang yang tinggi tahap kesabaran, mendidik anak-anak Convent dengan penuh kelembutan.
Mula berkhidmat di SKC pada 1/8/2006.
Bertukar ke SK Convent Lebuh Light, Pulau Pinang.





Selamat berpisah diucapkan kepada guru-guru tersebut dan selamat bertugas di tempat yang baru.Sumbangan bakti kalian tidak akan kami padamkan dari ruang hati kami.Kenanglah kami dikala kalian duduk bersantai di bilik guru yang baru....


3 ulasan:

  1. Balasan
    1. Segala kenangan bersama kalian akan tetap subur dihati ini. tidak akan luput sehingga akhir hayat. tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mancari rezeki....... rindu padamu warga convent..............

      Padam
    2. Insya allah rezeki ada di mana-mana. Sekiranya kita biasa memandang ke langit, sesekali pandanglah jua ke bumi.. Jasamu sahabat sentiasa dikenang...

      Padam