Pada 12 hb Julai 2013, SKC telah mengadakan taklimat ringkas kepada ibu bapa tentang Frog VLE.
Frog VLE(Virtual Learning Environment) telah diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2011.Frog VLE ini
diperkenalkan di bawah Projek 1BestariNet. Kementerian Pelajaran
Malaysia dengan kerjasama YTL Communications menyediakan Internet 4G
tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta Frog Virtual Learning
Environment(Frog VLE) yang efektif ke semua sekolah di seluruh Malaysia.
Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengembangkan modal insan serta
meningkatkan penggunaan Internet dikalangan masyarakat, 1BestariNet
memperluaskan teknologi untuk meningkatkan tahap pendidikan dan
melengkapkan murid dengan kemahiran sewajarnya bagi menghadapi dunia
masa kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan